Sekiranya anda kerap mengikuti perkembangan di media sosial baru-baru ini, pastinya anda cukup tahu di mana pada ketika ini buah donut peach antara yang menjadi kegilaan orang ramai. Rasanya yang lembut dan manis membuatkan orang ramai sanggup berebut mendapatkannya.
Di sebalik tularnya buah yang berasal dari negara luar ini, siapa sangka buah donut peach ini ternyata tidak sesuai dimakan oleh semua individu.
Baca Juga:
- Trending Di TikTok, ‘Buah Donut Peach’ Ini Kini Jadi Rebutan Netizen
- Campak Dan Sepak Makanan Pelanggan Di Lantai, Tindakan Rider Makanan Ini Undang Kemarahan Netizen
Menerusi perkongsian TikTok @sherynaaa02, beliau memaklumkan telah mengalami alahan yang teruk pada badan sehingga terpaksa ke hospital bahagian kecemasan 15 minit selepas makan buah donut peach.
@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku ๐ญ sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 ๐ฅ terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik ๐ข kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 ๐ ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan ๐ sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases
โฌ suara asli – ๐en ๐ฝkan ๐ad๐ฝoy๐ญ – ๐en ๐ฝkan ๐ad๐ฝoy๐ญ
Bukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan telah mengalami sebu lalu muntah berkali-kali sehingga menyebabkan pihak hospital terpaksa memberi suntikan untuk kembali pulih.
Meskipun dimaklumkan doktor untuk berhenti garu pada bahagian yang gatal pada badan, wanita ini mengakui tidak dapat untuk melakukannya gara-gara mengalami keadaan yang luar biasa pada ketika itu.
Difahamkan buah donut peach tersebut merupakan pemberian rakannya. Mengetahui mengenai buah ini yang tular, beliau akui tidak tahu buah tersebut mampu memberikan alahan yang teruk buat dirinya.
“Bila jadi macam ini saya pun tak sangka, nasib baik suami ada, kalau tidak tak tahu macam mana.
Bukan saya tergila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya yang bagi dan saya hanya hargai pemberiannya. Saya pun tidak menyalahkannya.” ulasnya selepas kejadian tersebut.
Menerusi ruangan komen, difahamkan terdapat netizen yang turut berkongsi pengalaman sama selepas memakan buah donut peach. Malah terdapat netizen yang menasihati wanita ini untuk membuat pemerikasaan lanjut untuk mengelakkan sebarang penyakit lain.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berminat untuk mencuba buah donut peach ini diingatkan untuk lebih berhati-hati agar mengelakkan daripanya berlakunya alergik yang teruk selepas menjamahnya.