Bila imbas semula kenangan masa zaman sekolah, zaman itulah yang paling best dan menyeronokkan pernah kita lalui.

Mesti ada di antara kita yang pernah ponteng sekolah bukan? Tidak kisah lah kerana malas ataupun tiada mood untuk ke sekolah. Mesti macam-macam alasan yang diberikan kepada ibu dan bapa untuk mengelakkan kita pergi ke sekolah.

Namun, jika anda bersekolah di sekolah ini, pasti keinginan untuk ponteng itu kurang atau tiada langsung. Ini kerana bagi pelajar yang kehadiran penuh, anda berpeluang untuk mendapat hadiah yang lumayan.

Baru-baru ini tular di media soial Twitter, di mana seorang pengguna Twitter @nrqlhosh, memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan beberapa orang pelajar telah diberi hadiah yang ternyata lumayan lagi mewah gara-gara tidak pernah ponteng sekolah.

Perkongsian yang telah dimuat naik pada Jumaat lalu telah menerima 18,200 retweets dari netizen.

https://twitter.com/nrqlhosh/status/1197726480383410176?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1197726480383410176&ref_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2Fmy%2Fseismik%2Fsekolah-ini-bagi-hadiah-kepada-murid-yang-sifar-ponteng

Difahamkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut di mana pihak sekolah akan memberikan ganjaran kepada para pelajar yang mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Para pemenang dipilih secara rawak menerusi cabutan bertuah dalam Program Ponteng Sifar (Proponsif) 2019. Berdasarkan perkongsian tersebut, pemenang tempat ketiga mendapat sebuah televisyen LED, tempat kedua mendapat pakej percutian beserta tiket penerbangan ke Pulau Langkawi manakala tempat pertama membawa pulang sebuah motosikal.

Bagi pelajar yang tidak memenangi sebarang hadiah, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila pihak sekolah turut memberikan set peralatan sekolah kepada mereka.

https://twitter.com/aaqlyma/status/1198008699584860160

Untuk makluman, hadiah-hadiah tersebut adalah hasil sumbangan yang telah dijayakan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian tersebut memuji inisiatif yang diambil sekolah berkenaan. Mereka juga kagum dengan usaha yang dilaksanakan oleh pihak PIBG dalam mewujudkan program sebegini bagi menggalakan pelajar untuk hadir ke sekolah.

Ingin mengimbau kenangan manis ketika zaman sekolah dahulu? Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

33 Kenangan Manis Zaman Sekolah. #9 Dan #10 Paling Lejen

Mengapa Tekanan Buat Anak-Anak Bukan Cara Terbaik Untuk Mendidik

Bagaimana Milo Menjadi Minuman Kegemaran Kanak-Kanak Seluruh Dunia