Sekumpulan gadis Jepun bertekad mahu membantu negara mereka untuk mengembalikan populasi negara tersebut.

Dalam satu video pendek gadis gadis tersebut menyatakan bahawa, keadaan populasi di Jepun adalah tidak sihat. Kerana terlalu ramai warga emas.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Hal ini kerana generasi muda mereka yang tidak melahirkan anak dengan lebih banyak. Sekumpulan wanita telah memuat video dengan menyatakan bahawa mereka sedia membantu negara mereka untuk menjadi lebih ‘muda’ dan subur.

Mereka berharap mesej ini sampai kepada semua wanita Jepun yang lain di negara itu.

Menurut laporan Institut Populasi dan Kajian Keselamatan Sosial Jepun, populasi di negara itu menurun sebanyak 30% atau sekitar 87 orang menjelang 2070. Menjelang awal 2048, populasi di negara itu berkurangan sekitar 100 juta.

Kesan daripada penurunan jumlah populasi ini akan menyebabkan masalah kekurangan tenaga kerja di pelbagai industri. Kemudian, ia akan meningkatkan perbelanjaan dalam kebajikan warga emas termasuk untuk fasiliti.

Kesan lain adalah, akan berlaku penurunan konsumerisme yang tidak sihat kepada perkembangan ekonomi negara. Seterusnya, akan mengurangkan impak ekonomi Jepun di peringkat global.

Kerajaan Jepun benar benar resah dengan keadaan semasa ini. Di mana mereka mulai mengkaji untuk melonggarkan syarat imigresen di negara itu.

Jepun antara negara yang paling ketat syarat imigresen dan imigrasi. Mereka juga negara yang paling banyak karenah birokrasi kepada pekerja asing termasuk gaji dan cukai yang dianggap tidak memuaskan.

Mereka kini sedia membuka pintu kepada warga asing untuk bermastautin di negara mereka dan berkahwin dengan warga tempatan untuk membantu populasi di negara tersebut.

Seterusnya, Jepun juga akan melakukan lebih banyak program untuk membantu kesuburan warganya. Kemudian menaikkan produktiviti para pekerja.

Menurut Nisse73, wanita wanita di Jepun kini perlu melahirkan sekurang kurangnya 3 orang anak untuk setiap isi rumah. Kerana purata ketika ini negara Jepun memerlukan setiap wanita dewasa mereka melahirkan 2.1 orang anak.

Jepun antara negara yang rakyatnya terlalu kuat bekerja. Sehingga memberikan kesan kepada kesuburan di negara tersebut. Seterusnya, kos sara hidup terutama di bandar bandar besar membuatkan ramai pasangan suami isteri memilih untuk tidak melahirkan ramai anak.

Malah ada ramai yang memilih untuk tidak ada anak langsung atau childfree. Oleh itu kerajaan Jepun digesa untuk membantu melaksanakan dasar agar pekerja wanita mendapat gaji yang lebih baik seperti mana pekerja lelaki. Di Jepun masih terdapat jurang gaji yang ketara antara pekerja lelaki dan wanita.

Kira kira 54% wanita di Jepun adalah mereka yang berkerja angka itu melepasi purata 50.8% wanita bekerja pada data global.

Namun 50% sahaja yang berjawatan tetap dan mendapat gaji lebih baik serta jaminan pekerjaan.

Earth.Org bagaimanapun menyatakan bahawa, walaupun Jepun berdepan dengan kesusutan populasi yang ketara namun negara tersebut masih dalam keadaan terkawal dan tidak semudah itu akan lenyap.