Jika anda pengguna tegar TikTok, pasti sekali sekala akan keluar video ‘live‘ pasangan suami isteri memasak bersama di dapur yang berada di luar rumah mereka.

Setiap kali memasak, pasti kedua-duanya masak dalam kuantiti yang sangat banyak umpama mereka mengadakan kenduri-kendara di rumah mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video terbaharu TikTok @aleeyazailanavenys, beliau mendedahkan sebab beliau dan suaminya masak dalam kuantiti yang banyak, setelah sering ditanya oleh penonton video live mereka.

@aleeyazailanavenys

ramai yang tanya soalan ni kan? kadang aleeya dgn bigboss tak sempat jawab. nah jawapan kepada semua persoalan anda. senang ada video ni 😅 tq semua ! jumpa pkl 6:30pm setiap hari di Live aleeya zailan ok😍 love u guys!

♬ original sound – Aleeya Zailan

Aleeya yang juga pemilik beberapa jenis bisnes memberitahu beliau memasak sebegitu kerana selain untuk keluarganya makan, beliau turut menjamu kepada pekerja di rumahnya yang terdiri daripada pemandu, beberapa orang pengawal dan orang gaji.

Beliau turut menjamu makan kepada beberapa staf yang sekali-sekala datang ke rumahnya.

Pada ruangan komen video itu dipenuhi dengan pujian serta doa agar Aleeya dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki atas kebaikkan yang dilakukan.

Sumber Gambar: TikTok @aleeyazailanavenys
Sumber Gambar: TikTok @aleeyazailanavenys
Sumber Gambar: TikTok @aleeyazailanavenys
Sumber Gambar: TikTok @aleeyazailanavenys

Terang Aleeya lagi, beliau boleh saja masak untuk ahli keluarganya sahaja. Namun oleh kerana beliau pernah rasa hidup susah dan rasa seronok melihat orang makan hasil air tangannya, oleh sebab itu beliau tidak berkira untuk berkongsi makanan yang sama dengan pekerja-pekerjanya.

Semoga perkongsian Aleeya ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut berkongsi rezeki dengan orang lain juga.