Datuk Ong Kim Swee berhasrat untuk kekal membimbing Persis Solo selepas kelab itu berjaya mengelak tersingkir ke saingan divisyen dua musim hadapan.

Kelab yang berpangkalan di Jawa Tengah itu kini menghuni tangga ke-13 dengan 36 mata, jauh berbeza ketika Kim Swee hadir sebagai ketua jurulatih baharu.

Baca Juga:

Sejak kemenangan 2-1 ke atas PSIS Semarang pada 20 Januari, mereka telah mencatat tujuh kemenangan dan lima seri daripada 15 perlawanan, satu perubahan yang ketara.

Persis
Ong Kim Swee. Sumber Gambar: Espos.id

Tugas Sukar Kendalikan Persis Solo

“Objektif utama adalah jelas – mengelakkan penyingkiran. Saya gembira kami berjaya melakukannya.

“Mungkin ada yang menganggap ia adalah kerja mudah, tetapi memastikan kelangsungan hidup selepas hampir enam bulan menunjukkan betapa kompetitifnya liga ini.

“Kami membawa masuk empat pemain semasa jendela perpindahan kedua, dan mereka membuat perbezaan yang besar,” katanya.

Persis Solo
Sumber Gambar: Persis Solo

Sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee berkongsi perbezaan antara Liga Malaysia dan Liga 1 Indonesia.

Menurut bekas pengendali Sabah itu, perbezaan ketara menurutnya ialah saingan Liga Indonesia lebih kompetitif berbanding Liga Malaysia.

Persis Solo
Sumber Gambar: Persis

“Jika dilihat perbandingan antara Liga Malaysia dan Liga Indonesia, tidak banyak perbezaan. Tetapi di Indonesia terdapat banyak pasukan yang bermain dalam pertandingan teratas dengan 18 pasukan.

“Apabila saya datang ke Persis, keadaan tidak begitu baik. Ini memberi saya lebih banyak cabaran.

“Apa yang saya lihat sepanjang saya di Persis, kami boleh meningkat sedikit demi sedikit, dan untuk mendapat keputusan baik dalam liga untuk 15 atau 16 perlawanan sebelum ini.

“Ini membuktikan bahawa ia bukan kerja mudah. ​​Setiap perlawanan, sama ada bermain dengan pasukan yang berada di kedudukan teratas atau bawah dalam kedudukan, mereka boleh bersaing dengan pasukan teratas sekalipun,” katanya.