Sebelum ini, seorang penonton bertuah telah dipanggil Bunkface untuk menyanyi di atas pentas ketika dalam satu konsert dan hal itu telah tular di media sosial.

Terbaharu, seorang penonton telah menaiki pentas tanpa kebenaran dan merampas mikrofon penyanyi utama, Sam ketika konsert berlangsung.

Baca Juga:

@rembogadgetgerbangmalam

buat hal kat pentas healing #kotakmuzikkita #gamonsociety #ipoh #naikpentas #bunkface

♬ original sound – rembogadgetgerbangmalamipoh – rembogadgetgerbangmalamipoh

Hal tersebut mengejutkan semua orang dan Sam telah meminta bantuan staf menghentikan lelaki terbabit. Susulan itu, Sam memberi pesanan kepada penonton agar mengikut cara yang betul sekiranya ingin menyanyi bersama kumpulan itu.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa pelik dengan tindakan penonton itu yang cuba ‘hijack’ pentas persembahan Bunkface.

Malah, para netizen turut mengatakan pasti lelaki tersebut berasa malu dengan tindakan yang diambilnya itu. Segelintir netizen berpendapat mungkin dia mahukan populariti seperti lelaki yang dipanggil Bunkface ke atas pentas sebelum ini tetapi caranya salah.