Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh kelab itu sebelum beraksi dalam saingan AFC Champions League Two (ACL 2) bulan depan.
Kekalahan 6-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika final Piala FA sabtu lepas telah memberikan gambaran terhadap kekuatan pasukan berkualiti yang bakal dihadapi mereka di pentas Asia.
“Bila kita bermain dengan pasukan ada kualiti tinggi seperti JDT, kita nampak beberapa kelemahan yang kita tak nampak bila bermain dengan pasukan lain.
“Kita akan beri perhatian dan atasi kelemahan ini serta kena belajar sebab kebarangkalian untuk bermain dengan pasukan seperti JDT di ACL II sangat tinggi.
“Mungkin kita akan lawan pasukan berkualiti dan bermain dia lebih kurang macam JDT dan kalau kita tidak perbaiki, mungkin kita akan terima padah atau keputusan tidak memberangsangkan,” katanya dipetik dalam Harian Metro.
Undian rasmi ACL 2 menyaksikan Selangor diletakkan dalam kumpulan H bersama bekas juara ACL dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, wakil Thailand, Muangthong United serta kelab dari Filipina, Dynamic Herb Cebu.
ACL 2 kali ini melibatkan 32 kelab di Asia yang menawarkan wang tunai sebanyak AS$3.28 Juta untuk juara manakala naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak USD1.78 Juta.
32 pasukan ini telah diundi dalam 8 kumpulan dengan setiap kumpulan ada 4 pasukan. Kelab dari asia barat akan berada dalam kumpulan A hingga D manakala kelab dari asia timur di kumpulan E hingga H.
The groups are confirmed!
3️⃣2️⃣ teams can now begin their quest towards #ACLTwo success! pic.twitter.com/VrnhU1ukps
— #ACLElite & #ACLTwo (@TheAFCCL) August 16, 2024
Aksi peringkat liga yang melibatkan 6 perlawanan bagi setiap kumpulan akan berlangsung dari 17-19 September 2024 hingga 3-5 Disember 2024.