Pasukan Selangor menebus kontrak pinjaman Nooa Laine dan kini pemain itu menyertai skuad Gergasi Merah secara tetap dari SJK Seinajoki.
Perkara ini diumumkan oleh SJK menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Selangor akan menebus kontrak pemain itu selepas tempoh pinjaman tamat pada hujung musim ini.
Baca Juga:
- TERKINI: Nidzam Jamil Tinggalkan Selangor
- ‘Permulaan Yang Baik Untuk Selangor’ – Nidzam Jamil
- Liga Super 2024/25: JDT Kukuhkan Cengkaman, Atasi Selangor Di Kelana Jaya
Nooa menjadi tonggak penting buat Selangor musim ini selepas beraksi dalam 20 perlawanan buat kelab Lembah Klang itu di semua kejohanan domestik dan antarabangsa.
Pengarah Teknikal SJK Seinajoki, Richard Dorman berkata dia amat gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh Nooa dan berharap akan terus maju di masa akan datang.
“Obligasi pembelian dalam perjanjian pinjaman Laine pada musim ini di Malaysia telah diaktifkan dan dia akan menjadi pemain Selangor FC secara perpindahan tetap.
“Trajektori Laine di Seinajoki telah selaras dengan rancangan dan kami sangat gembira kerana seorang lagi pemain yang telah melalui laluan kami akan bergerak ke depan dalam kariernya.
“Kami berharap Nooa bahagian dengan masa depan dan kesinambungan kerjayanya,” katanya.
Keputusan ini menunjukkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu berada dalam perancangan jangka masa panjang Selangor dan mereka yakin dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain itu.
Nooa Laine menjadi pilihan bekas ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil bagi mengisi bahagian tengah pasukan dan beliau berjaya mencipta gandingan yang baik dengan Noor Al-Rawabdeh dan Alex Agyarkwa.
Ketika ini, Selangor dibimbing oleh Abdi Hassan buat sementara waktu selepas Nidzam mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan.
Sehingga artikel ini ditulis, teka-teki mengenai ketua jurulatih Selangor yang seterusnya masih belum terjawap dimana pasukan itu dilaporkan mahu melantik pengendali dari luar negara.