Lama dinantikan peminat, akhirnya hari ini menjadi saksi apabila siri permainan popular lebih dua dekad, Grand Theft Auto atau lebih dikenali sebagai GTA bakal mengeluarkan permainan baharu mereka iaitu Grand Theft Auto VI.

Menerusi trailer berudarasi sekitar seminit ini, GTA VI dilihat masih lagi mengekalkan konsep yang sama. Permainan terbaru ini dilihat mengetengahkan grafik yang lebih baik serta fleksibiliti yang lebih lagi buat para pemain.

Baca Juga:

Kehadiran permainan ini nyata membuatkan para peminat teruja selepas mengetahui Rockstar Games masih lagi memberi perhatian terhadap pengeluaran siri ini.

Dalam pada itu, para peminat terpaksa menanti sehingga tahun 2025 untuk berpeluang bermain permainan yang dinantikan orang ramai ini.