Sebelum ini, tular gambar terkini di hadapan taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak selepas ia tamat beroperasi secara rasmi pada Januari tahun 2020.
Untuk pengetahuan anda, taman tema tersebut ditutup kerana mengalami kerugian yang tidak dapat dibendung. Terbaharu, sebuah video yang memaparkan keadaan terkini dalam taman tema MAPS telah tular di media sosial.
Keadaan terkini MAPS Perak. Taman tema ini juga pernah beroperasi selama 3 tahun sebelum ditutup pada 2020 kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.
Credit video : naemJD pic.twitter.com/r604MsJ9sM
— PERAK Ajer (@IpohAjer) May 15, 2022
Dapat dilihat kawasan tersebut tidak terurus tetapi permainan yang ada kelihatan masih lagi dalam keadaan baik. Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan MAPS Ipoh.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman dan keadaan MAPS Ipoh sebelum ia tutup operasi dimana meriah serta penuh dengan permainan menarik.
went here twice, once with memey pastu sekali lagi dgn family. i think this place really have potential i really liked the concept so its kinda sad nampak terbengkalai mcmni je https://t.co/pJIgr6bbD6
— 🍒 (@ainaadelrey) May 16, 2022
Waiting for a handsome magician to reside here https://t.co/VOt3e3zQR9
— saf (@multifanzone) May 16, 2022
Another Mimaland. Maybe now 'new tenants' already moved in lol. But it's just 2 years, maybe if someone got 💰 to spend, they can rebuild this place or just buy the land and build other things haha. If this place got potential, why not. I'm 100% agree fr movie location or a fest. https://t.co/twQaIrdzIg
— Mothra 🦋🇵🇸 (@hackerzafifi) May 16, 2022
https://twitter.com/Valiantking93/status/1526221282442084352
Malah, para netizen berpendapat bahawa taman tema ini memiliki potensi dan ia satu pembaziran apabila taman tema ini ditutup begitu sahaja kerana ia boleh bersaing dengan banyak taman tema yang ada.
Ada juga netizen yang bergurau mengatakan tidak lama lagi akan ada ahli silap mata duduk di taman tema ini seperti dalam drama Korea iaitu The Sound of Magic.
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan keadaan MAPS pada tahun lepas. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih
Sudah Dibuka Kembali, Tasik Cermin Tawarkan Keunikan Terbaru Buat Pengunjung