Pada Januari tahun 2020, Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak telah memaklumkan penutupan operasi selepas hampir 3 tahun beroperasi. Penutupan taman tema tersebut dipercayai kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @imranjamalulail telah melawat ke MAPS Ipoh sambil berkongsi keadaan terkini taman tema tersebut yang dilihat terbengkalai serta penuh dengan semak samun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@imranjamalulail/video/7228194436273016066

Beliau yang berkongsi di TikTok dalam beberapa bahagian video ini telah menunjukkan keadaan terkini yang tampak sangat menyedihkan.

Difahamkan beliau telah memasuki kawasan tersebut menerusi sebuah pintu bukan rasmi dalam melihat dengan lebih lanjut keadaan taman tema tersebut.

Lelaki ini juga turut melihat dengan lebih dekat extreme ride yang tersedia di MAPS Ipoh serta memaklumkan ride di taman tema tersebut masih lagi kukuh.

https://www.tiktok.com/@imranjamalulail/video/7228207419564772609

https://www.tiktok.com/@imranjamalulail/video/7228209664058526978

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa rindu serta kenangan melawat MAPS Ipoh sebelum ditutup. Malah, terdapat netizen yang mengharapkan MAPS Ipoh dapat kembali dibuka dalam membolehkan orang ramai berhibur di taman tema ini.

Sumber: TikTok @imranjamalulail
Sumber: TikTok @imranjamalulail

Untuk pengetahuan, MAPS mulai beroperasi pada 1 Jun 2016 dan telah menamatkan operasinya pada 27 Januari 2020. Pada tahun lalu, terdapat laporan yang menyatakan taman tema ini sedia dijual pada harga RM520 juta.