Sekiranya anda pernah mengikuti siri anime Slam Dunk kami yakin anda pasti teruja dengan berita ini. Ya, Slam Dunk dijangka bakal kembali sekali lagi menjelang April 2020.
Siri yang berjaya membuatkan sejumlah besar orang ramai seluruh dunia minat kepada sukan bola kerajang ini disahkan bakal hadir selepas 24 tahun setelah Takehiko Inoue selaku pelukis manga ini mengesahkannya serta memuat naik sebuah gambar ilustrasi sempena keluaran terbaru Slam Dunk.
【お知らせ】木曜日発売のヤングジャンプ今週号にリアル87話33ページが掲載です。トビラはこんな感じで対向ページにイラスト集の予告をのっけてくれました。あとんす pic.twitter.com/qgKAarFdYJ
— 井上雄彦 Inoue Takehiko (@inouetake) November 26, 2019

Untuk pengetahuan, Slam Dunk mula dilancarkan secara manga bermula tahun 1990 sehingga 1996. Siri ini seterusnya dijadikan anime sekaligus membuatkan anime ini menjadi salah satu anime ikonik di Jepun.
Difahamkan Takehiko Inoue dijangka bakal memperkenalkan sebuah ilustrasi manga melalui pelan terbaru ini menampilkan Sakuragi Hanamichi, Rukawa Kaede dan beberapa rakan lain daripada pasukan Shohoku selepas lebih dua dekad. Tidak mustahil sekiranya mendapat sambutan, mereka bakal memperkenalkan manga dan anime pula.
Khas buat peminat Naruto, siri ini telah berkolaborasi bersama beberapa sejak akhir-akhir ini bersama Coach dan adidas. Ketahui lebih lanjut mengenai kolaborasi ini dengan klik pautan di bawah.
Naruto Hiasi Pavilion Kuala Lumpur Sempena Koleksi Khas Bersama Coach
Coach Dan Michael B Jordan Hasilkan Koleksi Edisi Khas Bersama Naruto