Pada 2020, sebuah replika Gundam setinggi 18 meter yang boleh bergerak dikenali sebagai Kilang Gundam Yokomaha telah dibina dan menjadi tarikan utama pelancong.

Menurut laporan, figura Gundam dengan model RX-78-2 dalam skala sebenar ini akan ditutup tidak lama lagi dan tiket akhir untuk melawat robot berkenaan sudah pun dijual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan, tarikan berkenaan sebenarnya dirancang untuk dipamerkan sehingga 21 Mac 2021 sahaja. Namun disebabkan pandemik dan atas permintaan peminat global, tarikh berkenaan dilanjutkan sehingga Mac 2023.

Akan tetapi, menjelang tarikh berkenaan, tempoh pameran dilanjutkan sekali lagi selama setahun dan akan berakhir pada 31 Mac 2024.

Jika anda mahu melawat figura Gundam gergasi ini, anda boleh membeli tiket daripada kelompok terakhir yang disediakan dan tiket juga boleh dibeli secara pra-tempahan.

Jualan akan ditutup serta-merta apabila tiket sudah habis dibeli. Sekiranya masih berbaki sehingga tarikh penutupan, tiket akan dijual secara langsung di tapak pameran.