Filem Crazy Rich Asians yang ditayangkan pada tahun 2018 menjadi filem pecah panggung di Amerika Syarikat serta mencipta fenomena hebat untuk pasaran Singapura dan Malaysia.
Difahamkan, Amy Wang secara rasmi telah menjadi penulis skrip baharu untuk sekuel filem ini menggantikan penulis skrip yang lama. Sebelum ini, sekuel filem ini hangat diperkatakan dan pembikinannya bergerak agak perlahan kerana penulis skripnya bertindak tarik diri.
Menurut laporan, penulis skrip bersama iaitu Adele Lim tidak bersetuju dengan jumlah bayaran yang ditawarkan pihak Warner Bros kepadanya kerana lebih rendah berbanding bayaran seorang lagi penulis, Peter Chiarelli.
Lebih mengujakan, filem Crazy Rich Asians ini akan kembali dengan filem sekuel dan ketiga. Filem ini akan diproduksi oleh Warner Bros dan juga Color Force, serta bakal menampilkan kesemua barisan pelakon asal.
Sementara itu, kami kongsikan anda kontroversi yang menyebabkan sekuel filem ini tertangguh pada pautan di bawah.
Penulis Skrip Crazy Rich Asians Tarik Diri Untuk Sekuel Filem Kedua
Kongsi ‘Caption’ Lawak Rogol Di Instagram, Giliran Erry Putra Pula Dikecam Netizen