Sebelum ini, Naili Exclusive telah mendakwa Sabella menciplak karya mereka iaitu ‘coral orkid’ pada koleksi pakaian Sabella.
Selepas 4 tahun isu ini sepi tanpa khabar, pihak Naili Exclusive dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada hari Isnin memaklumkan bahawa mereka telah menang kes saman terhadap Sabella.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
“Bukan cerita saman itu kaya tapi nak bagitau satu design sangat bermakna bagi pemilik.” tulis pihak Naili Exclusive.
Tambahnya, di Malaysia mempunyai undang-undang dan salah kaut keuntungan atas hasil plagiat. Untuk pengetahuan anda, rekaan ‘coral orkid’ yang diciplak itu sebenarnya telah dipatenkan dibawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
Disamping itu, pihak Naili Exclusive turut memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam perjalanan kes saman terbabit.