Bukit Bendera, antara destinasi tumpuan pelancong jika ke Pulau Pinang. Umum mengetahui, anda boleh menaiki funikular untuk naik ke atas atau hiking dengan menggunakan trek yang disediakan.
Untuk pengetahuan anda, harga tiket bagi perkhidmatan funikular Bukit Bendera ini akan meningkat berkuatkuasa pada 1 Mei 2024.
Baca Juga:
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Menurut Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBAPP), harga baharu bagi dua hala (laluan biasa) untuk pemegang MyKad, MyKid dan pemegang kad yang sah iaitu Malaysia My Second Home (MM2H), permit kerja, pasangan warganegara Malaysia dan lain-lain berharga RM16 untuk dewasa berbanding RM12 pada masa sekarang.
Harga tiket baharu bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas ialah RM8 berbanding RM6, manakala sehala pula RM4.
Menurut PBAPP, tiket sunrise untuk pemegang MyKad dan MyKid yang boleh didapati pada musim luar puncak adalah berharga RM5 berbanding RM3 ketika ini.
Kenaikan ini adalah untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan yang sentiasa meningkat bagi perkhidmatan serta infrastruktur. Difahamkan, semakan harga tiket terakhir dibuat pada tahun 2019.