Semalam, nama Janna Nick jadi bualan ramai apabila dirinya mendedahkan status terkini iaitu ‘single’ dan mengukuhkan lagi kenyataan bahawa dirinya bersama pasangannya Dini Azan Schatzmann telah putus apabila muat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Janna juga telah ‘unfollow’ Dini di Instagram. Terbaharu, Puteri Sarah Liyana telah memuat naik sebuah Instastory dimana dirinya tidak sengaja bertemu dengan Janna di lapangan terbang.
Baca Juga:
- Dedah Status Kini ‘Single’, Hubungan Janna Nick Dan Dini Schatzmann Putus?
- Akui ‘Miming’ Di Pentas AIM23, Janna Nick Mohon Maaf Selepas Dikritik Hebat Netizen
- Berjaya Raih 86 Juta Undian, Kemenangan Janna Nick Muncul Tanda Tanya Buat Netizen
Difahamkan, Janna akan pergi ke Eropah untuk mencari ketenangan dan Puteri Sarah berpesan agar Janna menjaga dirinya walau dimana dia berada.
Ketika ini, Dini Schatzmann masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut dan dilihat masih lagi mengikuti Janna di Instagram.