Sebelum ini dilaporkan bahawa View Point Wang Kelian yang menjadi antara destinasi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan panorama kehijauan hutan dan Tasik Timah Tasoh kini telah dikenakan bayaran masuk.

Difahamkan, pengunjung View Point Wang Kelian dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi menampung kos penyelenggaraan tempat terbabit oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Terbaharu, terdapat caj lain dikenakan kepada pengunjung.

Baca Juga:

Kini, pengunjung yang membawa kamera dan perakam video dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk seunit bagi warganegara Malaysia, manakala RM20 untuk bukan warganegara.

Manakala untuk menjalankan sesi pengambaran filem atau dokumentari pula dikenakan caj RM500 sehari untuk warganegara dan RM1,000 untuk bukan warganegara.

Bagi tujuan fotografi pula dikenakan caj RM200 sehari untuk warganegara, manakala bukan warganegara dikenakan RM400 sehari.

Penularan kadar bayaran tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan mencetuskan perdebatan hebat netizen dimana membuatkan ramai orang ‘turn off’ untuk melawat ke sana.