Jenama Nokia dahulunya menjadi kebanggaan ramai kerana kualiti peranti yang ditawarkan sangat baik. Namun langit tidak selalu cerah apabila jenama pesaing lain mampu memberikan peranti yang lebih canggih kepada orang ramai.

Menerusi acara MWC 2023 yang berlangsung mula hari ini, Nokia mengumumkan penjenamaan baharu termasuk pengenalan logo baharu untuk jenama Nokia. Ini merupakan kali pertama buat syarikat Nokia menggantikan logo ikonik yang sudah berusia hampir 60 tahun sejak ia diperkenalkan.

Baca Juga:

Buat masa ini, ia dilihat perubahan ini lebih memfokuskan kepada bahagian penawaran rangkaian dan perkhidmatan dan bukannya berkaitan telefon pintar menerusi Nokia Mobile yang diuruskan oleh HMD Global.

Nokia menyatakan logo baharu ini turut memberikan gambaran sebagai sebuah syarikat yang moden, dinamik dan bertenaga. Malah, mereka menyasarkan untuk mengimplementasi model perniagaan baharu termasuk sebagai penyedia perkhidmatan.