Jika pada minggu lalu Malaysia hangat dengan isu melibatkan pendakwah selebriti yang didakwa mencabul dan merogol gadis, hari ini dilaporkan YouTuber popular telah didakwa mencabul seorang gadis berusia 24 tahun di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kelantan.

Difahamkan semuanya bermula apabila suspek pada mulanya mengajak mangsa untuk berlakon dalam sebuah drama untuk disiarkan di YouTube. Kemudiannya, mangsa telah diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa atas alasan sesi penggambaran masih belum tamat dan perlu diteruskan keesokan harinya.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Situasi menjadi lebih panas apabila suspek didakwa memasuki biliknya sebelum mencium, memeluk serta meraba serta dikatakan melakukan onani yang seterusnya membuatkan mangsa memilih untuk membuat laporan polis.

Dilaporkan seorang Youtuber terkenal turut tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul.

Berdasarkan keputusan mahkamah, Kamarul Hasyime Rosli telah mengeluarkan perintah reman bermula hari ini terhadap suspek yang berusia 22 tahun ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menerusi senarai terbaru yang dikeluarkan YouTube, YouTuber Isa Isarb merupakan YouTuber paling popular di Malaysi sepanjang 2020.

Isa Isarb Muncul Sebagai YouTuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020

Aksi Kejam YouTuber Ini Seksa Kekasih Sehingga Maut, Disiarkan Secara ‘Live’ Di YouTube

Cecah Harga RM73 Sepinggan, Pasangan YouTuber Jepun Ini Temui ‘Nasi Lemak Paling Mahal’

Sumber