Kehadiran Grab dan FoodPanda sememangnya memudahkan orang ramai untuk membeli makanan secara dalam talian sahaja. Namun sejauh manakah anda sanggup membayar kos penghantaran demi mendapatkan makanan kegemaran?

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video seorang individu berpakaian Grab yang sanggup terbang dari Thailand ke Singapura untuk membeli nasi ayam yang dipinta oleh pelanggan. Ramai mula mempersoalkan sama ada ia benar-benar terjadi atau hanya lakonan semata-mata?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@thita.vy

อยากกินขนมโตเกียว พี่เขาจะไปซื้อที่ญี่ปุ่นให้มั้ย 🤓 #วาสนาผู้ใด๋น้อ #grab #grabth

♬ วาสนาผู้ใด – Parkmalody

Menurut YouTuber Thailand dengan nama Songsak Panyatarak, beliau mendakwa bahawa dia mengupah penghantar makanan itu.

“Dia bukan seorang pelakon, dia memang seorang rider Grab,” kata YouTuber Thailand dalam video yang disiarkan pada Khamis lalu (2 November).

Klip video itu telah ditonton lebih daripada 10 juta kali di TikTok, manakala video penuh di saluran YouTubenya yang memiliki 2 juta subscriber berjaya meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Dalam video tersebut, Songsak sudah menyatakan persetujuan untuk membeli makanan itu adalah antara rider tersebut dan beliau sahaja. Platfrom penghantaran yang digunakan tidak terbabit dalam perjanjian tersebut.

Tambahnya lagi, beliau sangat merindui akan rasa nasi ayam di Singapura dan ingin mengetahui sama ada rider penghantaran makanan boleh terbang merentas sempadan untuk memenuhi pesanannya.

Di dalam video tersebut, beliau dilihat berbincang dengan rider berpakaian seragam Grab untuk membeli nasi ayam kegemarannya di Singapura.

Selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak, rider itu pun menerima sejumlah $380 (~RM1,775) untuk membeli nasi ayam tersebut dan dibekalkan satu kamera GoPro bagi merakam pengembaraan unik tersebut.

Rider itu kemudiannya ke Singapura dengan menaiki pesawat AirAsia bersama pakaian seragamnya. Dapat dilihat penumpang lain turut terkejut dengan kehadiran rider itu yang lengkap dengan seragam Grab.

Selepas selesai membeli di premis makanan di Singapura, rider lalu pulang ke negaranya untuk menghantar pesanan nasi ayam yang dipinta oleh Songsak.

Setiba pada waktu malam, Songsak menerima nasi ayam Singapura yang dipinta dan menjemput rider tersebut untuk mencuba hidangan tersebut bersama-sama.

Meskipun berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan, beliau berseloroh mengatakan sudah memadai melakukan perkara itu buat kali pertama sahaja.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Grab sebelum ini mendedahkan kepada AsiaOne bahawa lelaki yang membintangi sebagai rider penghantaran makanan di dalam video itu tidak berdaftar dengan Grab sama sekali.

Malah, platform itu tidak menawarkan servis ‘rentas sempadan’ seperti yang didakwa di dalam video tersebut. Walaupun video yang disiarkan boleh dianggap sebagai hiburan semata-mata, pasti dalam dunia sebenar ada yang sanggup berbuat sedemikian jika mereka mempunyai wang yang banyak.

Sumber