Bermula dengan isu harga tidak masuk akal ikan siakap yang tular di sebuah restoran di Langkawi, siapa sangka dalam bulan yang sama netizen turut dikejutkan dengan harga mahal sotong pesanan pelanggan di Pulau Pinang.
Terbaharu, belum reda isu dua makanan ini, hidangan kailan ikan masin pula menjadi topik bualan terbaru netizen di media sosial selepas seorang pembeli melaporkan seolah ‘tertipu’ apabila hidangan kailan ikan masin dicas dengan harga sehingga RM18 untuk sebuah bungkusan kecil.
Menurusi perkongsian pengguna menerusi Facebook Penang Press, beliau sedia maklum dengan peningkatan harga makanan yang berlaku akhir-akhir ini namun agak terkejut mengetahui harga yang dicas bagi sebuah bungkusan kecil kailan ikan masin untuk seorang makan di restoran berkenaan.
Perkongsian yang dibuat nampaknya turut menjadi perhatian para netizen. Terdapat netizen yang tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan. Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat pengguna tidak perlu membungkus di luar sekiranya mahu berjimat.
Menerusi isu yang tular, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang sedia meminta pelanggan berkenaan tampil membuat aduan rasmi berhubung isu tersebut agar tindakan sewajarnya mampu diambil. Malah, pihak KPDNHEP sedia menjalankan tugas bagi mendapatkan nama premis berkenaan.
Untuk pengetahuan, pihak KPDNHEP sebelum ini turut melancarkan sebuah operasi yang dinamakan sebagai Ops Menu bagi memeriksa premis makanan di seluruh negara yang melibatkan tanda harga dan alat penimbang dalam mengelakkan isu penipuan harga oleh peniaga.
Pihak pemilik restoran yang gagal mematuhi perundangan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972, peniaga boleh didenda tidak melebihi RM40,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.
Tular pada minggu ini apabila wanita ini membayar tol dan barangan farmasi hhanya dengan menggunakan jam tangan TnG yang tidak diketahui ramai.
Wanita Bayar Tol Dan Barangan Farmasi Guna ‘Jam Tangan TnG’ Raih Perhatian Ramai
Mahal Dan Tidak Masuk Akal, Harga Tiket Penerbangan Ke Sarawak Jadi Bualan Netizen