Semalam kita dikejutkan dengan berita letusan gunung berapi di Tonga sehingga membuatkan para penduduk sekitar lari menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi. Letusan gunung berapi yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada penduduk sekitar Tonga malah turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan sehingga sejauh 2,300km ke New Zealand.
Terbaharu, bencana tersebut telah mengundang kepada tsunami melanda Jepun lewat semalam sehingga awal hari ini di mana ombak setinggi tiga meter mungkin berlaku mengikut Agensi Meteorologi Jepun.
🌋Images from Japan's Himawari-8 satellite show the volcanic eruption that provoked a tsunami in #Tonga.
The eruption was so intense it was heard as "loud thunder sounds" in Fiji more than 800 kilometres away. pic.twitter.com/XCYWPZFmzE
— NoComment (@nocomment) January 15, 2022
Setakat ini, dilaporkan tsunami setinggi 1.2 meter sudah mencecah pulau terpencil selatan Amami Oshima sekitar 11.55 malam tadi sebelum kawasan lain di sepanjang pantai Pasifik Jepun menyaksikan tsunami yang lebih kecil.
Dalam usaha untuk menyelamatkan penduduk Amami dalam mengalami situasi yang dijangka lebih buruk, sebuah sistem amaran tsunami awam telah diaktifkan.
WATCH: Tsunami sirens wail in parts of Japan, evacuations underway https://t.co/Ys9pUCt3cg
— BNO News (@BNONews) January 15, 2022
Menurut pengawai agensi cuaca Jepun pada sidang media, pihak mereka masih belum mengenal pasti sama ada tsunami akan menipa atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, perubahan pasang surut air yang kuat telah diperhatian sekaligus membuatkan pihak mereka menggesa para penduduk untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
Tular pada minggu ini apabila rumah mewah atas bukit di Shah Alam ini menjadi bualan netizen selepas sedia dijual dengan harga mencecah RM17 juta.
Rumah Mewah Atas Bukit Di Shah Alam Tular, Bakal Dijual Pada Harga RM17 Juta
Bantu ‘Stranger’ Ikat Tali Leher, Layanan Persis Anak Sendiri Bikin Netizen Terharu