‘Customer always right’ itulah ungkapan yang selalu kita dengarkan. Sudah pasti, ada segelintir individu yang sentiasa berasa diri mereka betul sebagai seorang pelanggan tanpa berfikir dahulu.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pelanggan merakam pekerja di Pizza Hut apabila tidak puas hati kerana tidak dapat membeli pizza yang dia mahu.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran Pizza Hut tidak dapat mengambil pesanannya. Malah, pekerja Pizza Hut tersebut telah menerangkan bahawa ketuhar rosak menyebabkan restoran Pizza Hut itu tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanan pelanggan itu.

Situasi tegang dapat dilihat apabila pekerja Pizza Hut tersebut kelihatan sudah hilang sabar menjawab soalan sama berulang kali daripada pelanggan itu. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelanggan tersebut yang tidak faham bahasa.

https://twitter.com/nazrullahhusni_/status/1432744976081850373

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji sikap pekerja Pizza Hut yang cuba bersabar dan professional menjawab soalan daripada pelanggan tersebut. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan bukan senang untuk bersabar apabila soalan sama ditanya berkali-kali dan jawapan turut telah diberikan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Tetap Hero Dihati Kami’- Netizen Sayu Dan Beri Kata Semangat Selepas Ziyad Zolkefli Minta Maaf

Terkejut Babi Putih ‘Terjah’ Kawasan Rumah, Reaksi Lelaki Ini Selamatkan Diri Curi Perhatian Netizen

Gara-Gara Kongsi Nama Yang Sama, Instagram Pemain Bola Sepak Ukraine ‘Diserang’ Netizen Malaysia