Afdlin Shauki berpendapat semangat patriotik orang Indonesia punca filem Sheriff gagal mendapat sambutan di negara itu.

Sherrif sangat berjaya di Malaysia dengan kutipan sudah melebihi 60 juta ketika ini – menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi tahun ini.

Namun di Indonesia, ianya tak laku serta gagal mendapat sambutan.

Afdlin Shauki menganggap Sheriff bukan filem yang gagal di walaupun tidak mendapat sambutan di Indonesia. Ianya kerana semangat patriotisme di Indonesia sangat tinggi.

Ini kerana mereka berpendapat bahawa filem di negara mereka sudah cukup bagus, kenapa perlu sokong filem negara lain.

“Memang betul semangat patriotik mereka tinggi, kenapa perlu sokong filem asing kalau filem mereka sudah bagus,” tegas Afdlin Shauki.

Jika mahukan filem Malaysia berjaya di sana, Afdlin mencadangkan agar produser di Malaysia mengambil pekerja dari kalangan orang Indonesia.

“Mereka akan sokong filem yang dibuat oleh rakyat mereka. Untuk berjaya di Indonesia carilah penulis skrip orang sana, sebab mereka akan sokong,” kata pelakon dan pengarah itu kepada Mstar.

Afdlin Shauki juga berpendapat amatlah perlu kajian mendalam dibuat sebelum memasarkan filem ke Indonesia.

Banyak perkara yang harus dipertimbangkan. Ini termasuk faktor bahasa.

“Mereka tidak faham Bahasa Malaysia dan kita pun macam tangkap tangkap sahaja apa yang mereka cakap,” tegas Afdlin Shauki.

Lantas, Afdlin Shauki menasihati produser filem Malaysia untuk fokus berjaya di Malaysia sahaja.

“Jangan jadikan Indonesia sebagai sasaran untuk berjaya, tetapi buat terbaik di negara kita dahulu,” nasihat Afdlin Shauki.