Baru-baru ini, Malaysia Airlines (MAS) telah mengumumkan akan memberikan kotak makanan kepada para pelanggan sebagai gantian hidangan yang diberikan sebelum ini susulan berakhirnya kontrak bersama Brahims.
Penawaran kotak makanan ini walau bagaimanapun nampaknya mengundang rasa tidak puas hati ahli parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di mana beliau memaklumkan kotak makanan yang diberikan mengandungi makanan-makanan yang manis.
Baca Juga:
- Malaysia Airlines Tawar Wi-Fi Tanpa Had Percuma Untuk Penerbangan Terpilih Mulai Hari Ini
- Malaysia Airlines Mungkin Ambil Alih Unit Katering Brahim Dengan Harga RM129 juta
Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) hari ini menyuarakan kebimbangan kotak makanan sebuah penerbangan tidak peka kepada kesihatan penumpang dan meminta perkara tersebut diberi perhatian oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat. #SinarHarian #Parlimen⦠pic.twitter.com/IJ0nId4NzV
— SinarHarian (@SinarOnline) November 16, 2023
Menurutnya, beliau menerima aduan mengenai hidangan dalam kotak makanan MAS daripada penumpang yang berada berdekatan beliau sewaktu dalam kapal terbang.
Datuk Mohd Suhaimi memaklumkan hidangan tersebut sememangnya tidak sesuai khususnya mereka yang menghidapi penyakit kencing manis.
Isu yang disuarakan beliau di parlimen ini turut menyeru agar Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke untuk memberi perhatian kepada Malaysia Airlines agar hidangan kepada mereka yang tidak mahu makanan manis disediakan.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan usul yang dikemukan. Menurut para netizen, ahli parlimen ini boleh sahaja memaklumkan kepada pihak pengurusan MAS berbanding membuat usul di parlimen.
Valid concerns, but passengers with special dietary restrictions can already inform the airline of their concern. Is this something to be brought up in parliament though?
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) November 16, 2023
Haji Ismail Group kat Langkawi tu jual barang2 manis belaka.. mohon MP Langkawi suarakan bagaimana sebuah syarikat besar di Langkawi seperti HIG tidak peka mengenai kesihatan pesakit kencing manis.. mungkin perlu complain kepada KPDNHEP pulak
— BurizaDoKyanonz π²πΎπ©ξ¨ (@IzzatHilmi19) November 16, 2023
Tidak kurang juga yang memaklumkan ahli parlimen Langkawi ini wajar melihat barangan-barangan popular yang terjual di dalam parlimennya iaitu coklat yang sememangnya manis.