Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa 1 Julai, Selasa ini, petik Buletin TV3.
Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020. Sementara bas yang dibina sebelum tahun 2020, diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.
Baca Juga:
- Insiden UPSI: Pemandu Dakwa Brek Bermasalah, PUSPAKOM Dapati Bas Tiada Isu Mekanikal
- Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tidak Bersalah Memandu Secara Berbahaya
- Polis Tegur Pemandu Bas Agar Bersabar Sedikit Daripada Membuat Kenyataan Mendahului Siasatan
“Sebelum ini kita mengambil pendekatan advokasi, namun bermula 1 Julai ini kita akan melaksanakan secara tegas.
“Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman,” katanya.
Tambahnya lagi, pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar terlebih dahulu sebelum bas bergerak.
Mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.