Pada hari semakin banyak hotel menggunakan konsep-konsep yang unik dan menarik untuk menarik kehadiran pelanggannya.

Baru-baru ini seorang wanita terkejut apabila hotel suite yang ditempah suaminya semasa bercuti terletak di dalam sebuah pasar raya di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menerusi video dikongsikan TikTok @lindaoctober31, apabila selak langsir yang ada pada bilik itu, dengan jelas boleh lihat orang lalu-lalang di dalam pasar raya tersebut.

Dalam masa sama, pengunjung pasar raya juga boleh melihat apa yang ada di dalam bilik hotel itu sekiranya langsir diselak.

@lindaoctober31

Bilik best, air cond sejuk tahap chiller dan bilik air mmg bersih. Kami ambil 2 bilik. Yg video ni bilik anak2. Bilik lagi 1 xde kids tent and bean bags tp ada sofa bed kt bwh. Plus point staff semua mmg friendly dan helpful. Siap bg tilam dan tuala extra foc. Turun bawah je penuh kedai makan dn convenience stores open 24hour. Yg plg utama anak2 semua happy kat sini. Next time dtg ferringhi nak stay sini lg. #masukberanda #batuferringhi

♬ Funny – Gold-Tiger

“Bilik best, aircond sejuk tahap chiller dan bilik air memang bersih. Kami ambil 2 bilik, ada satu bilik tak ada kids tent and bean bags tapi ada sofa bed dekat bawah.

“Kebaikkannya lagi, semua pekerja memang mesra dan membantu. Siap bagi tilam dan tuala lebih percuma. Turun bawah saja penuh kedai makan dan kedai serbaneka 24 jam. Yang paling utama, anak-anak semua gembira dekat sini. Lain kali datang Batu Ferringhi, saya nak duduk sini lagi,” ujar wanita itu.

Walaupun nampak janggal dan menggelikan hati, wanita itu berpuas hati dengan konsep hotel di Pulau Pinang itu.

Sumber Gambar: TikTok @lindaoctober31
Sumber Gambar: TikTok @lindaoctober31

Ramai netizen berasa geli hati, pada masa sama berasa kagum apabila mengetahui terdapat hotel seperti itu.

Orang ramai turut mencadangkan agar pemilik hotel memasang tinted atau apa-apa penghalang yang boleh mengelakkan pengunjung pasar raya melihat di dalam bilik.

Netizen juga berasa mengunakan ruangan dalam pasar raya atau pusat beli-belah sebagai hotel adalah satu perkara menarik kerana ia dapat mengelakkan pembaziran daripada bangunan terbiar.

Pada masa sama sama boleh menjana pendapatan daripada tempahan pelanggan yang tinggal di situ.

Jika anda ingin merasai sama pengalaman bermalam seperti wanita tersebut, bolehlah tengok tawaran hotel itu di sini.