Umum ramai mengetahui stesen minyak merupakan kawasan larangan merokok kerana perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya kebakaran.

Baru-baru ini tular satu klip video berdurasi 45 saat menunjukkan pekerja sebuah syarikat bas merokok ketika mengisi petrol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas selesai mengisi petrol, kelihatan pekerja itu membuang puntung rokok merata-rata berhampiran pam petrol yang digunakan tadi.

Rakam video pendek itu mencetus perdebatan di kalangan netizen. Majoriti warganet merasakan perbuatan itu berbahaya kerana boleh mendatang bahaya kebakaran.

Bagaimanapun ramai juga membidas dakwaan tersebut dengan menyatakan petrol jenis diesel merupakan bahan api yang tidak mudah terbakar.

Pun begitu, mereka tetap mengecam tindakan pekerja syarikat bas itu merokok di stesen minyak, kerana ia daripada segi peraturan.

Memetik perkongsian portal Mekanika, sifat diesel lebih kepada minyak pelincir dan susah untuk terbakar dan meruap berbanding petrol. Namun apabila ia terbakar di dalam enjin, ia akan melincirkan komponen enjin seperti piston, silinder, crankshaft dan lain-lain.

Pada masa sama, ada warganet mempertikai tindakan individu yang merakam video tersebut.

“Kalau tahu bimbang terbakar, kenapa rakam? Kenapa tak pergi tegur pak cik itu?” ujar netizen.

Bagaimanapun persoalan itu dibidas kerana bukan semua orang boleh ditegur. Lebih-lebih lagi individu-individu yang lebih berusia. Ia boleh mencetuskan perbalahan yang lebih serius.

Tambah netizen lagi, dengan merakam video, sekurang-kurangnya ada ‘bukti’ yang boleh digunakan untuk pihak syarikat bas mengenakan tindakan tegas terhadap pekerjanya.