Persatuan Pemain Major League Soccer (MLS) telah mengeluarkan nilai gaji rasmi pertama untuk musim 2025 dengan bintang Inter Miami, Lionel Messi kekal sebagai pemain menerima bayaran tertinggi dalam liga tersebut.
Messi kekal sebagai pemain paling mahal dalam liga dengan jumlah pampasan sebanyak $20.4 juta.
Baca Juga:
- Javier Mascherano: ‘Inter Miami Menang Ke Atas Porto Kerana Semangat ‘GOAT’ Messi’
- Dah Lama Pendam, Lionel Messi Tembak James Rodriguez Yang Tuduh Argentina Juara Kerana Bantuan Pengadil
- Messi Dedah Sebab Tak Kembali Ke Pangkuan Barcelona Selepas Tinggalkan PSG
Lima pemain di tangga teratas pada ketika ini turut menampilkan dua muka baharu iaitu Miguel Almiron yang menerima $7.87 juta selepas kembali ke Atlanta United selepas beraksi bersama Newcastle United dan Hirving Lozano setelah memperoleh $7.63 juta sebagai pemain utama San Diego FC bagi musim sulung mereka.
Jonathan Bamba turut tersenarai antara penerima gaji tertinggi dengan $5.58 juta selepas menyertai Chicago Fire FC pada musim sejuk lalu.
Berikut merupakan senarai 10 pemain dalam saingan MLS yang menerima gaji terbanyak bagi tahun 2025:
Gaji 10 Pemain MLS Tertinggi
1. Lionel Messi (Inter Miami): $20,446,667 (RM86,484,015.43)
2. Lorenzo Insigne (Toronto FC): $15,400,000 (RM65,137,943.39)
3. Sergio Busquets (Inter Miami): $8,774,996 (RM37,110,150.06)
4. Miguel Almiron (Atlanta United): $7,871,000 (RM33,287,079.69)
5. Hirving Lozano (San Diego FC): $7,633,333 (RM32,287,248.18)
6. Federico Bernardeschi (Toronto FC): $6,295,381 (RM26,622,490.65 )
7. Emil Forsberg (New York Red Bulls): $6,035,625 (RM25,528,964.99)
8. Jordi Alba (Inter Miami): $6,000,000 (RM25,378,281.45)
9. Riqui Puig (LA Galaxy): $5,779,688 (RM24,446,424.79)
10. Jonathan Bamba (Chicago Fire): $5,581,806 (RM23,610,930.74)