Pemain pertahanan naturalisasi Indonesia, Justin Hubner dikaitkan dengan kelab yang dimiliki oleh lagenda bola sepak England, David Beckham iaitu Inter Miami.

Menurut laporan media tempatan, Hubner tidak berada dalam skuad Wolverhampton Wanderers ketika turun menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan kelab itu menang dengan keputusan 2-1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun itu diserap masuk dalam skuad utama selepas menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad pembangunan.

Justin Hubner
Kredit Foto: Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI)

Sebelum ini, Hubner mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama dari Indonesia yang beraksi dalam saingan EPL.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Hubner memberitahu bahawa beliau tidak berada di England ketika ini sambil menegaskan bahawa pemain itu mempunyai keinginan untuk beraksi bersama pasukan yang memakai jersi berwarna pink.

“Saya mahu bermain dengan memakai jersi warna pink,” katanya.

Salah satu pasukan yang sedang menjadi perhatian dunia dan memakai jersi berwarna pink ketika ini ialah Inter Miami yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS).

Miami ketika ini diperkuatkan oleh salah seorang pemain terbaik dunia, Lionel Messi sambil dibantu oleh bekas rakan sepasukannya ketika di Barcelona seperti Luis Suarez, Sergio Buaquet dan Jordi Alba.

Selain Inter Miami, media Indonesia turut mengaitkan pemain itu dengan beberapa kelab lain yang memakai jersi pink seperti Cerezo Osaka (Jepun) dan Palermo (Itali).

Hubner merupakan salah seorang pemain naturalisasi yang menampilkan prestasi memberangsangkan bersama skuad Garuda dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar pada awal tahun ini.

Pemain ini mampu untuk beraksi di dua posisi iaitu pertahanan tengah dan juga pemain tengah sekaligus membuatkan beliau sebagai aset paling berharga bagi skuad kebangsaan negara itu.