Bukan mudah untuk menjadi seorang pemilik kelab bola sepak khususnya untuk sebuah pasukan yang berstatus elit dan beraksi di liga terbaik dunia.
Bola sepak telah menjadi perniagaan yang menguntungkan dalam era moden dimana ahli perniagaan terkaya di dunia sanggup untuk mengeluarkan dana besar untuk melabur.
Baca Juga:
- Jim Ratcliffe Suruh Pemain Basuh, ‘Maintain’ Jersi Untuk Kurangkan Kos
- Chelsea Berikan ‘Guard Of Honour’ Dan Kemudian Ajar Liverpool Di Stamford Bridge
- Peminat Manchester United Kecam INEOS Sebagai Semakin Teruk
Menggunakan data laporan daripada Statista dan sumber lain, ini ialah 12 pemilik bola sepak terkaya pada tahun 2025.
10 Pemilik Kelab Bola Sepak Paling Kaya Dunia
10. Dietmar Hopp – TSG Hoffenheim (£5.8bn)

Jutawan Jerman itu mengasaskan SAP SE, sebuah syarikat perisian multinasional Eropah yang berpangkalan di Walldorf, Baden-Württemberg, Jerman.
Hopp dilaporkan telah melabur melebihi £350m di Hoffenheim semasa pemerintahan pemilikannya.
9. Joe Lewis – Tottenham Hotspur – (£6.20bn)

Lewis menubuhkan Tavistock Group, sebuah firma pelaburan. Pada tahun 2001, Lewis memperoleh pegangan kawalan dalam Tottenham dengan harga £22 juta, jumlah bernilai sekitar $32 juta pada masa itu.
8. Nasser Al-Khelafi – Paris Saint-Germain (£6.20bn)

Nasser merupakan pengerusi beIN Media Group dan Qatar Sports Investments, presiden Paris Saint-Germain dan Persekutuan Tenis Qatar.
QSI membeli PSG pada 2011 dan sejak itu mereka membawa masuk beberapa nama besar seperti Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan Kylian Mbappé.
7.Stan Kroenke – Arsenal (£6.29bn)

Taikun Amerika itu memiliki sejumlah besar tanah di AS dan Kanada, jumlah yang membentang lebih dari 1.5 juta ekar.
Kroenke ialah pemilik Arsenal dan kelab MLS Colorado Rapids dan mempunyai nilai bersih £6.29 bilion berdasarkan laporan.
6. Shahid Khan – Fulham (£9.7bn)

Shahid merupakan pemilik Flex-N-Gate Corporation, syarikat pembuatan automotif. Beliau membeli Fulham pada tahun 2013 dengan nilai £150 – £200 juta.
5. Philip Anschutz – LA Galaxy (£10.5bn)

Anschutz membina kekayaannya dalam minyak, landasan kereta api, telekom, hartanah dan hiburan dan Kumpulan Anschutz Entertain miliknya mengendalikan lebih daripada 350 arena dan tempat konsert di seluruh dunia.
4. David Tepper – Charlotte FC (£14.6bn)

Pengurus dana lindung Amerika ini ialah pengasas dan presiden Appaloosa Management, sebuah dana lindung nilai global yang berpangkalan di Miami Beach, Florida.
Beliau terlibat dalam dunia bola sepak sejak 2019 dengan menjadi pemilik kepada Charlotte FC.
3. Sir Jim Ratcliffe – Manchester United (£21.6bn)

Jim Ratcliffe ialah seorang jutawan British, jurutera kimia dan ahli perniagaan. Ratcliffe ialah pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan bahan kimia INEOS, yang diasaskannya pada 1998.
2. Sheikh Mansour – Manchester City (£24.4bn)

Empayar Sheikh Mansour bernilai £24.4 bilion, yang telah tersebar di kalangan pelaburan City Football Group lain seperti New York City FC, Girona dan Melbourne City.
1.Public Investment Fund – Newcastle United (£478bn)

Dana kekayaan negara Arab Saudi membeli Newcastle United pada Oktober 2021 dan diketuai oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.
Public Investment Fund (PIF) mempunyai aset lebih £470 bilion, sesuatu yang telah diperoleh melalui pelaburan utama dalam syarikat dan projek di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, malah PIF juga menjadi pemilik kepada empat kelab dalam Liga Pro Saudi – Al Nassr, Al Hilal, Al Ittihad, dan Al Ahli.