Pertumbuhan sektor perbankan, tenaga, teknologi, pembuatan dan hartanah telah melahirkan kelompok bilionair dalam kalangan rakyat di Asia Tenggara (ASEAN).

Ia bukan sahaja berpengaruh di peringkat nasional, malah di pentas global. Sebagai contoh usahawan arang batu Indonesia, Low Tuck Kwong berada dalam senarai ke-16 terkaya di Asia.

Daripada 20 senarai individu terkaya di ASEAN, menyaksikan tujuh daripadanya merupakan warga Singapura. Indonesia mengekori rapat dengan enam orang.

Lebih menarik, Indonesia turut mendominasi senarai empat teratas bagi individu terkaya ASEAN menerusi Tuck Kwong, Robert dan Micheal Hartono serta Prajogo Pangetsu.

Ada cerita menarik mengenai Tuck Kwong. Beliau dilahirkan pada tahun 1948 di Singapura, beliau bekerja di syarikat pembinaan milik bapanya sebelum berhijrah ke Indonesia pada tahun 1972.

Menurut sumber laporan CNN Indonesia, Tuck Kwong secara rasmi menjadi Warga Negara Indonesia pada 1992.

Berdasarkan senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes bagi tahun 2025, berikut merupakan 20 individu terkaya ASEAN mengikut nilai kekayaan bersih (net worth) yang dianggarkan.

20 Individu Terkaya ASEAN 2025

1) Low Tuck Kwong (Indonesia) – $27.3 Bilion – Bayan Resources (Tenaga)

2) Robert Budi Hartono (Indonesia) – $22.4 Bilion – Perbankan dan Tembakau

3) Micheal Bambang Hartono (Indonesia) – $21.5 Bilion – Perbankan dan Tembakau

4) Prajogo Pangetsu (Indonesia) – $20 Bilion – Diversified

5) Manuel Villar (Filipina) – $17.2 Bilion – AllValue Holdings (Hartanah)

6) Dhanin Chearavanont (Thailand) – $15.2 Bilion – Diversified

7) Goh Cheng Liang (Singapura) – $13 Bilion – Wuthelam Group (Pembuatan)

8) Sarath Ratanavadi (Thailand) – $12.9 Bilion – Gulf Energy Development (Tenaga)

9) Li Xitting (Singapura) – $12.8 Bilion – Shenzen Mindray Bio-Medical Electronics (Peranti Perubatan)

10) Robert Kuok (Malaysia) – $12.1 Bilion – Diversified

11) Charoen Sirivadhanabhakdi & Keluarga (Thailand) – $11.7 Bilion – Chang (Minuman dan Hartanah)

12) Enrique Razon Jr (Filipina) – $10.9 Bilion –  International Container Terminal Services Inc (Logistik)

13) Quek Leng Chan (Malaysia) – $9.9 Bilion – Hong Leong Co. – Diversified

14) Forrest Li (Singapura) – $8.6 Bilion – Shopee – E-Commerce & Permainan Atas Talian

15) Sri Prakash Lohia (Indonesia) – $8.5 Bilion – Pembuatan Petrokimia

16) Phillip Ng (Singapura) – $7.4 Bilion – Far East Organization – Hartanah

17) Robert Ng (Singapura) – $7.3 Bilion – Far East Organization – Hartanah

18) Otto Toto Sugiri (Indonesia) – $7 Bilion – DCI Indonesia – Teknologi

19) Jason Chang (Singapura) – $6.6 Bilion – ASE Technology Holding – Pembuatan Semikonduktor

19) Zhang Yong (Singapura) – $6.6 Bilion – Haidilao International Holding – Makanan dan Minuman

20 Individu Terkaya ASEAN 2025 Pecahan mengikut negara 

Singapura – 7 orang

Indonesia – 6 orang

Thailand – 3 orang

Malaysia – 2 orang

Filipina – 2 orang