Pasukan Vietnam telah memanggil seramai 23 pemain bagi menghadapi Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 10 Jun ini.
Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan pemain yang dipanggil dan beberapa pemain utama berada dalam skuad kali ini.
Baca Juga:
- Tunku Mahkota Ismail – ‘Sembang Macam Menang Piala Dunia, Mindset Masih Zaman Purba’
- Tunku Mahkota Ismail Gesa Kelab Bermasalah Untuk Cermin Diri
- Peter Cklamovski Tidak Terkesan Dengan Komen Santokh Singh
Senarai Pemain Vietnam Yang Dipanggil

Antara pemain yang dipanggil kali ini ialah Filip Nguyen, Nguyen Quang Hai, Bui Tien Dung, Pham Tuan Hai dan Nguyen Hoang Duc.
Pemain kacukan iaitu Jason Pendant turut dipanggil kali ini selepas beliau membantu Cong An Hanoi mara ke final Piala Shopee.

Semua pemain akan berkumpul di Hanoi pada 29 Mei untuk menjalani kem latihan pusat selama seminggu.
Mereka kemudiannya akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 6 Jun sebagai persiapan menentang Harimau Malaya.
Pada aksi pertama, Skuad Golden Star berjaya menewaskan Laos dengan keputusan 5-0 manakala Malaysia menewaskan Nepal dengan keputusan 2-0.