Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) mengumumkan melanjutkan masa operasi di 50 cawangan terpilih seluruh negara pada 5 hingga 7 September ini, bermula jam 7 pagi hingga 1 pagi.

Pelanjutan masa operasi itu bagi memberikan lebih ruang kepada pelanggan berbelanja di kedai mereka, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin berkata, langkah itu dilaksanakan bagi menyokong rakyat memanfaatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 serta pelbagai bantuan lain yang dikreditkan kerajaan.

“Mydin memahami keperluan pelanggan untuk mempunyai lebih masa membeli-belah dengan selesa.

“Dengan lanjutan operasi ini, kami harap kesesakan dapat dikurangkan, selain memastikan bekalan barangan asas sentiasa mencukupi,” katanya dalam kenyataan.

Senarai 50 cawangan Mydin lanjut operasi
Selangor
  1. Mydin Subang Jaya Hypermarket
  2. Mydin Semenyih Hypermarket
  3. Mydin Bukit Jelutong Supermarket
  4. Mydin Selayang Emporium
  5. Mydin Mart Shah Alam
  6. Mydin Mart Sri Muda
  7. Mydin Mart Seksyen 13
  8. Mydin Mart Balakong Jaya
  9. Mydin Mart Subang Angsana
  10. Mydin Mart Bukit Kuda
  11. Mydin Mart Desa Latania
  12. Mydin Bangi Supermarket
  13. Mydin Kota Seri Emas
Wilayah Persekutuan
  1. Mydin Danau Saujana Supermarket
  2. Mydin Putrajaya Bazaar
  3. Mydin Sinar Kota Emporium
Negeri Sembilan
  1. Mydin Senawang Hypermarket
  2. Mydin Seremban Hypermarket
Melaka
  1. Mydin MITC Melaka Hypermarket
  2. Mydin Melaka Bazaar
  3. Mydin Jasin Hypermarket
  4. Mydin Pulau Sebang Hypermarket
Johor
  1. Mydin Nusajaya Bazaar
  2. Mydin Pelangi Indah Hypermarket
  3. Mydin Mutiara Rini Hypermarket
  4. Mydin Taman Rinting Hypermarket
Perak
  1. Mydin Meru Raya Hypermarket
  2. Mydin Wholesale Taman Gopeng
  3. Mydin Parit Buntar Hypermarket
Pulau Pinang
  1. Mydin Penang Emporium
  2. Mydin Bukit Jambul Hypermarket
  3. Mydin Wholesale Hypermarket Bertam
  4. Mydin Bukit Mertajam Hypermarket
Kedah
  1. Mydin Taman Saga Hypermarket
  2. Mydin Taman Batik Hypermarket
  3. Mydin Kulim Hypermarket
Pahang
  1. Mydin Jengka Hypermarket
  2. Mydin Kuantan Emporium
  3. Mydin Pekan Emporium
Terengganu
  1. Mydin Gong Badak Hypermarket
  2. Mydin Kuala Terengganu Hypermarket
  3. Mydin Kuala Ibai Emporium
  4. Mydin Kuala Terengganu Emporium
Kelantan
  1. Mydin Tunjong Hypermarket
  2. Mydin Kubang Kerian Hypermarket
  3. Mydin Kota Bharu Emporium
Sabah
  1. Mydin Sejati Ujana Hypermarket
Sarawak
  1. Mydin Petrajaya Hypermarket
  2. Mydin Samariang Hypermarket