Senarai lengkap lapan pasukan yang mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2024-2025 kini diketahui selepas berakhirnya aksi pusingan 16.
Kejutan berlaku kali ini apabila Naib Juara Liga Super musim lalu dan juga naib juara Piala FA musim ini iaitu Selangor telah tersingkir selepas tewas kepada Sri Pahang dengan aggregat 2-3.
Baca Juga:
- Trio Juara Piala Malaysia 2002 ‘Kembali Bersatu’ Bimbing Perak
- Berjaya Atasi Konsert Coldplay, 80,550 Penyokong Final Piala Malaysia Penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil
- VAR Tidak Dapat Digunakan Di Final Piala Malaysia 2023
Berikut ialah senarai 8 pasukan yang mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia:
- Johor Darul Ta’zim (JDT)
- Terengganu
- Sabah
- Sri Pahang
- Kuala Lumpur City
- Perak
- Negeri Sembilan
- Kuching City
Aksi suku akhir pertama dijadualkan berlangsung pada 12,13 dan 15 Disember manakala suku akhir kedua diadakan pada 21 serta 22 Disember 2024.
Juara bertahan Liga Super, JDT bakal bertemu KL City manakala Terengganu dijadualkan menentang Negeri Sembilan. Selain itu, dua pasukan dari Borneo turut bertembung di suku akhir iaitu Kuching City menentang Sabah.
Tugas sukar sedang menanti Sri Pahang apabila mereka akan menentang Perak sekaligus akan menentukan pasukan mana yang berpeluang mara ke separuh akhir.
Perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini akan berlangsung pada bulan April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).