Perebutan tempat ke pusingan 16 UEFA Champions League (UCL) 2024/25 dimuktamadkan awal pagi tadi dengan beberapa keputusan menarik dapat disaksikan.

Selain hatrik Mbappe yang merintis kepada kemenangan Real Madrid ke atas Manchester City, aksi melibatkan Juventus juga menarik untuk diperkatakan.

Baca Juga:

Hal ini kerana skuad kendalian Thiago Motta itu terpaksa mengikuti jejak langkah dua lagi wakil Itali, AC Milan dan Atalanta.

Keadaan tersebut menjadikan Inter Milan sebagai wakil tunggal dari saingan Serie A yang masih meneruskan kemaraan dalam kempen paling berprestij di Eropah itu.

Berdasarkan format baharu yang mula diperkenalkan musim ini, lapan pasukan tangga teratas peringkat kumpulan layak secara automatik ke pusingan 16.

Manakala, pasukan di tangga kesembilan hingga ke-24 perlu untuk mengharungi aksi kelayakan (play-off) timbal balik terlebih dahulu.

Berikut merupakan senarai lengkap pasukan yang mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 UCL 2024/25:

1) Liverpool (England)

2) Barcelona (Sepanyol)

3) Arsenal (England)

4) Inter Milan (Itali)

5) Atletico Madrid (Sepanyol)

6) Bayer Leverkusen (Jerman)

7) Lille (Perancis)

8) Aston Villa (England)

9) Bayern Munich (Jerman)

10) Benfica (Portugal)

11) Club Brugge (Belgium)

12) Feyenoord (Belanda)

13) Borussia Dortmund (Jerman)

14) Paris Saint-Germain – PSG (Perancis)

15) Real Madrid (Sepanyol)

16) PSV Eindhoven (Belanda)

Pecahan kelab mengikut negara di pusingan 16 UCL 2024/25

1) England – 3 kelab

2) Sepanyol – 3 kelab

3) Itali – 1 kelab

4) Jerman – 3 kelab

5) Perancis – 2 kelab

6) Portugal – 1 kelab

7) Belanda – 2 kelab

8) Belgium – 1 kelab

Real Madrid merupakan juara bertahan selepas menundukkan wakil Jerman, Borussia Dortmund 2-0 pada aksi final edisi 2023/24 yang berlangsung di Wembley.