Tamat perlawanan Kuala Lumpur Thunder menentang Melaka Titans dalam aksi terakhir kumpulan A Sepaktakraw League (STL) 20256 sebentar tadi menyaksikan slot lapan pasukan untuk ke suku akhir bagi Grand Prix (GP) Perak sudah pun terungkai.
Slot ke suku akhir bagi kumpulan A diisi Kuala Lumpur Thunder selaku juara kumpulan selepas mencatatkan kemenangan penting ke atas Melaka Titans.
Ini bermakna Kelantan Warriors bakal menjadi pasukan naib juara manakala Melaka Titans terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat GP Perak.
Dalam kumpulan B, ATM Guardians cemerlang dengan dua kemenangan yang diraih untuk menjadi juara kumpulan dan mereka bakal diiringi naib juara, Johor Tigris.
PDRM Defenders pula jelas sukar digugat dalam kumpulan C apabila menang ke atas Bomba Fighters dan Selangor Pistons untuk bergelar juara kumpulan.
Bomba Fighters yang merupakan naib juara Divisyen 1 menjadi naib juara kumpulan hasil kemenangan ke atas Selangor Pistons.
Juara Piala Sumbangsih, Negeri Sembilan Antlers mengungguli kumpulan D susulan kejayaan menundukkan Penang Black Panthers dan pasukan tangga kedua, Perak Bison.
Berikut merupakan jadual penuh aksi suku akhir Liga Premier STL 2026 bagi GP Perak:
Suku Akhir STL 2026 GP Perak
Pool 1
1) ATM Guardians lawan Bomba Fighters – 3.00 Petang
2) Kuala Lumpur Thunder lawan Perak Bison – 9.30 Malam
Pool 2
3) Negeri Sembilan Antlers lawan Johor Tigris – 4.30 Petang
4) PDRM Defenders lawan Kelantan Warriors – 8.00 Malam