Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski telah memanggil seramai 38 pemain ke kem latihan pusat yang bermula pada Ahad, 18 Mei 2025.

Menerusi pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, pemain yang dipanggil kali ini dibahagikan kepada 3 fasa.

Baca Juga:

Senarai Pemain Harimau Malaya Yang Dipanggil

Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM
Harimau Malaya
Sumber Gambar: FAM

Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat di Johor Bahru, Johor dari 18 hingga 26 Mei 2025, sebelum latihan diteruskan di Kuala Lumpur pada 27 Mei hingga ke hari perlawanan.

Malaysia dijadual berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis, 29 Mei 2025 jam 9:00 malam.

Harimau Malaya
Aiman Hakimi. Sumber Gambar: Selangor FC

Pasukan negara sekali lagi menentang lawan yang sama bagi Perlawanan Latihan secara tertutup tanpa penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 3 Jun 2025.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9:00 malam.