Bermula sebagai ura-ura, hari ini menjadi saksi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai penuh menteri kabinet terbaru yang bakal mengemudi kerajaan perpaduan.
Lantikan-lantikan yang dibuat turut menyaksikan beberapa nama baharu dan juga senator yang diisi dalam memastikan kerajaan perpaduan dapat bergerak dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan rakyat. Berikut merupakan senarai yang diumumkan Perdana Menteri.
Perdana Menteri & Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri & Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Kewangan Kedua: YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Hajah Rubiah Wang
Menteri Perdagangan Antarabangsa: Dato’ Seri Tengku Zafrul
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa: Liew Chin Tong
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Pendidikan: YB Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: YB Wong Kah Wah
Menteri Pertahanan: Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan: YB Adly Zahari
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Mustapha Sakmud
Menteri Ekonomi: YB Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Hanifah Hajah Taib
Menteri KPKT: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri KPKT: Datuk Aiman Athirah Sabu
Menteri JPM (Hal Ehwal Agama): Datuk Mohd Na’im Mokhtar Timbalan Menteri JPM (Hal Ehwal Agama): Prof Zulkifli Hasan
Menteri Wilayah Persekutuan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Ghani
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Lukanisman Awang Sauni
Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching
Menteri Digital: YB Gobind Singh Deo
Timbalan: YB Ugak Kumbong
Menteri Sumber Manusia: YB Steven Sim
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Menteri Luar Negeri: Dato’ Seri Utama haji Mohammad Bin Hassan
Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Pengangkutan: YB Anthony Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Hasbi Habibolah
Menteri Pelancongan: YB Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri di Jabatan Perdana (Undang-Undang): Dato’ Sri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-Undang): M Kulasegaran
Menteri Kerja Raya: Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Ahmad Maslan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: YB Fuziah Salleh
Menteri Sains dan Teknologi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi: Datuk Mohammad Yusof Apdal
Menteri Perpaduan: Datuk Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan: YB Saraswathy Kandasami
Menteri Belia Dan Sukan: YB Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: YB Adam Adli
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: YB Nik Nazmi
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Noraini Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: K Ramanan
Menteri yang digugurkan dalam senarai kabinet hanyalah seorang iaitu YB Sivakumar a/l Varatharaju. Jumlah ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 orang kepada 31 orang. Jumlah keseluruhan pentadbiran ini masih lagi rendah iaitu seramai 60 orang berbanding sebelum ini sebanyak 70 orang.
Sementara itu, PMX memaklumkan pemotongan gaji 20% masih lagi diteruskan kecuali Perdana Menteri kerana beliau tidak mengambil gaji.