Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 yang diumumkan pada 31 Mac telah membawa satu khabar yang amat membanggakan, khususnya bagi warga pendidik, ibu bapa, dan para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pencapaian tahun ini menyerlahkan potensi hebat generasi muda kita apabila kedudukan lima sekolah dengan prestasi terbaik di seluruh Malaysia disapu bersih oleh institusi MRSM.

Menurut Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan pada tahun ini menandakan satu lonjakan pencapaian yang amat memberangsangkan bagi MRSM, meletakkan mereka jauh di hadapan berbanding sekolah-sekolah lain

Lebih membanggakan, sebanyak 19 buah MRSM berjaya merekodkan Gred Purata Maktab (GPM) di bawah paras 2.0, manakala 80 orang pelajar cemerlang telah berjaya memperoleh keputusan semua A+.

Untuk makluman, sistem GPM ini dikira dengan menukarkan gred mata pelajaran individu kepada mata pelajaran (contohnya, A=1, B=2, C=3) untuk mengukur pencapaian keseluruhan calon. GPM 1.0 bermakna semua pelajar di sekolah tersebut berjaya mendapat keputusan semua A.

Kejayaan manis ini diterajui oleh lima buah MRSM yang kini menduduki takhta sekolah terbaik di Malaysia. Berikut senarai sekolah cemerlang untuk SPM 2025.

Sementara itu, lima buah MRSM telah berjaya mengungguli kedudukan teratas sebagai lima buah sekolah terbaik di Malaysia,” katanya.

Lima MRSM terbaik tersebut adalah:

MRSM Tun Ghafar Baba: 1.139

MRSM Gemencheh: 1.195

MRSM Taiping: 1.224

MRSM Pengkalan Chepa: 1.254

MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB): 1.284

Di sebalik deretan angka dan pencapaian akademik ini, terdapat kisah kegigihan dan pengorbanan ribuan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut meluahkan rasa bangga yang amat mendalam terhadap 7,636 orang calon SPM dari 57 buah MRSM yang terus memacu kecemerlangan ini.

Beliau berkongsi bahawa MRSM secara keseluruhannya telah mencatatkan GPM pada kadar 2.067 dengan kadar kelulusan 100 peratus, yang bermakna kesemua calon pada tahun ini layak untuk menerima sijil SPM.

Kejayaan lima buah MRSM yang menempatkan diri di kelompok paling teratas ini membuktikan keupayaan mereka mengatasi pencapaian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga sekolah-sekolah harian yang lain.

Seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pencapaian gemilang ini adalah bukti nyata bahawa MRSM sentiasa kekal utuh sebagai sebuah institusi peneraju bagi kecemerlangan pendidikan negara kita. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi buat generasi masa hadapan.