Sebanyak 28 universiti di Malaysia berada dalam senarai ranking terkini yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025 pada 4 Jun 2024.

14 daripadanya sedang berusaha meningkatkan kedudukannya, lapan kekal stabil dan enam lagi berada pada kedudukan yang jatuh.

Baca Juga:

Universiti Malaya (UM) melonjakkan kedudukannya ke tangga 60 untuk berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.

Peningkatan ketara itu disebabkan oleh penunjuk Hasil Pekerjaan dan peningkatan dalam nisbah fakulti serta pelajar antarabangsa.

Senarai universiti terbaik di Malaysia berdasarkan kedudukan ranking terkini QS 2025:

  1. Universiti Malaya (60)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (138)
  3. Universiti Sains Malaysia (146)
  4. Universiti Putra Malaysia (148)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (181)
  6. Taylor’s University (251)
  7. UCSI University (265)
  8. Universiti Teknologi PETRONAS (269)
  9. INTI International University & Colleges (516)
  10. Sunway University (539)
  11. Universiti Utara Malaysia (554)
  12. Management and Science University (580)
  13. Asia Pacific University of Technology & Innovation (611)
  14. Universiti Tenaga Nasional (641)
  15. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (661)
  16. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (741)
  17. Universiti Tunku Abdul Rahman (801)
  18. Universiti Pendidikan Sultan Idris (951)
  19. Universiti Multimedia (1001-1200)
  20. Universiti Malaysia Sabah (1001-1200)
  21. Universiti Malaysia Sarawak (1001-1200)
  22. Universiti Malaysia Terengganu (1001-1200)
  23. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (1001-1200)
  24. Universiti Kuala Lumpur (1201-1400)
  25. Universiti Malaysia Perlis (1201-1400)
  26. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (1201-1400)
  27. Universiti Sains Islam Malaysia (1401)

Senarai penuh kedudukan ranking universiti dunia boleh dilihat menerusi pautan sini.

Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter, dalam kenyataan berkata, perjalanan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi bergantung kepada kualiti sistem pendidikannya.

Katanya, dengan memberi tumpuan kepada membangunkan asas pendidikan yang kukuh di peringkat rendah dan menengah, Malaysia berupaya memupuk generasi pelajar universiti akan datang.