19 tahun sejak ditayangkan secara rasmi, filem Senario XX arahan Aziz M. Osman masih lagi menjadi pilihan penonton sehingga kini. Malah masih terdapat beberapa babak yang masih segar di ingatan penonton.

Filem ikonik yang menampilkan makhluk asing dari planet Marikh yang dinamakan sebagai Zoragon. Rupanya yang unik serta mempunyai ‘bahasa’ yang tersendiri antara yang menyerikan lagi filem Senario XX. Dalam pada itu tahukah anda Zoragon sebenarnya bercakap dalam ‘Bahasa Melayu’?

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @zdstudio, individu ini tampil menjelaskan bagaimana bahasa yang dituturkan Zoragon dihasilkan.

Difahamkan pihak produksi filem Senario XX telah membuat suntingan ‘reverse speed’ di mana apabila suntingan ini dibuat, sari kata yang dikeluarkan adalah sama seperti yang dituturkan Zoragon.

@zd_studio

Zoragon dah lama rancang..siapa je yang lalai..? 😂 #filemmelayu #senario #senarioxx #alien #alienconspiracy #area51 #konspirasi #teori #fyp #fypシ゚viral

♬ Browser History OST – Jai P.

Bukan sahaja menghasilkan bunyi yang unik, kebijakan Aziz M. Osman dan pihak produksi menghasilkan bahasa yang dituturkan Zoragon ini nyata mengejutkan ramai.

Malah ramai yang kagum pertuturan Zoragon ini nyata bukanlah sekadar bahasa yang tidak mempunyai maksud sebaliknya merupakan teknik suntingan audio yang berjaya didedahkan selepas hampir dua dekad.

Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat filem Aziz M. Osman sememangnya melangkaui waktu. Baru-baru ini, Lan Pet Pet turut mendedahkan Senario bakal sekali lagi hadir dengan filem terbaru pada tahun ini.