Petak kuning bertanda ‘X’ yang ada di atas jalan raya merupakan satu tanda di mana pengguna jalan raya tidak boleh meletakkan atau memberhentikan kenderaan di atasnya.
Namun masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mengendahkan peraturan lalu-lintas itu dengan memberhentikan kenderaan di atas petak kuning apabila menunggu lampu isyarat merah.
Baca Juga:
- Lambat Sentuh Kad Touch ‘n Go, Pemandu Kereta Kena Marah Dengan Penunggang Motosikal
- Cuba ‘Cover Line’ Selepas Kena Hon, Rider Ini Acah Mahu Hempas Topi Keledar Pada Kereta
- Sudah Beri ‘Signal’ Pun Kena Tendang, Netizen Pertikai Tindakan Rider Patahkan Cermin Sisi Porsche
Baru-baru ini seorang penunggang motosikal merakam kejadian di mana sebuah Citroen dimarahi dua orang penunggang motosikal kerana mendakwa kereta tersebut cuba menghimpit ‘jalan mereka’ yang mana ketika itu mereka sedang berhenti di atas petak kuning.
https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1567151488220434437?s=21&t=Qtlo4WdxFvLvLKOPfaKrdw
Tindakan kedua-dua penunggang motosikal itu membuatkan orang ramai kurang senang kerana dua-duanya melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas petak kuning serta mengganggu laluan orang lain semasa menunggu lampu isyarat merah.
Nyata orang ramai lagi individu-individu bersikap seperti inilah yang boleh menyebabkan kesusahan kepada pengguna jalan raya di kemudian hari.
— mr_aemanr (@ReyRaz92) September 7, 2022
Kalau aku jadi brader yg rakam ni, aku cakap 'dah tua pun bangang' kat dua ekor yg bawa motor tu. Menyusahkan orang https://t.co/DNdvwpkn7Z
— HXFIZI (@hafiziismail_) September 7, 2022
Kadang rasa org yg bawa motor ni, dia lah raja atas jalan raya š yg terpaling bagus https://t.co/8C6gtu2Ea6
— .. (@NShamemei) September 8, 2022
Dah la bawak bini, otak kat lutut pulak tu. Petak kuning untuk berhenti ke bingai š„² https://t.co/F5pUe1MD0c
— āØPendapat Terpaling Matter⨠(@__loveshak) September 8, 2022
Dalam pada itu netizen meminta agar pengguna mengikut undang-undang yang telah ditetapkan supaya semua pihak dapat menggunakan jalan raya dengan harmoni.
Memetik kenyataan Polis Kedah, petak kuning adalah isyarat atau tanda yang berfungsi memberi laluan kepada kenderaan yang ingin masuk atau keluar dari simpang jalan.
Berhenti di petak kuning adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar, kawasan sekolah dan hospital, serta pelbagai lagi.
Kesalahan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.