Dalam dunia yang makin mencabar ni, ramai rakyat Malaysia mula sedar pentingnya ada kewangan yang stabil. Nak rasa tenang di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global? Salah satu rahsianya ialah dengan amalkan budaya menabung.

Tapi menabung bukan sekadar simpan sikit-sikit bila ada lebih, tapi perlu ada cara yang bijak dan konsisten.

Menurut laporan CNBC, di Jepun, ada satu teknik yang dah lama diamalkan dan makin popular – namanya Kakeibo.

Teknik Simpan Duit Yang Diajarkan Sejak 100 Tahun Dulu

Kakeibo (dibaca: kah-keh-bo) bukan sekadar buku kira-kira biasa.

Ia adalah satu falsafah pengurusan kewangan tradisional Jepun yang diperkenalkan oleh jurnalis Makoto Hani pada tahun 1904 – iaitu lebih 100 tahun dulu.

Namun pada 2017, nama Kakeibo kembali jadi buah mulut selepas penulis Fumiko Chiba menulis buku Kakeibo: The Japanese Art of Saving Money.

Menabung

Dari situ, makin ramai mula cuba kaedah ini – termasuk di Barat.

Apa yang buat Kakeibo unik dan menarik? Ia tak perlukan sebarang aplikasi, Excel sheet atau teknologi canggih.

Kakeibo adalah cara “old-school” – hanya dengan buku, pen, dan niat untuk lebih bijak urus duit.

“Perlu ke aku beli benda ni?” Itu antara soalan yang sering diajukan dalam teknik menabung Kakeibo.

Sebelum beli apa-apa, anda disarankan bercakap dengan diri sendiri dulu – secara jujur.

Contohnya:

Boleh tak aku hidup tanpa benda ni?
Aku betul-betul mampu ke nak beli ni sekarang?
Aku akan guna betul-betul ke atau nanti jadi hiasan je kat rumah?
Aku beli ni sebab ternampak di Instagram atau sebab bosan je tadi?
Aku stress ke hari ni dan shopping ni sekadar escapism?

Soalan-soalan ni nampak mudah, tapi bila ditulis dan difikirkan betul-betul, ia buat kita lebih berhati-hati.

Kakeibo mengajar kita untuk kenal emosi kita semasa berbelanja. Kadang-kadang kita shopping sebab nak isi kekosongan, bukan sebab perlukan sesuatu.

Gaji Masuk? Simpan Dulu

Satu lagi prinsip penting teknik menabung Kakeibo ialah: simpan dulu, belanja kemudian.

Ramai orang buat sebaliknya – belanja dulu, baru tengok apa yang tinggal untuk disimpan.

Menabung

Tapi dalam Kakeibo, anda digalakkan untuk asingkan jumlah simpanan setiap kali terima pendapatan, kemudian baru rancang bajet untuk keperluan harian.

Belanja juga dibahagikan kepada empat kategori:

  1. Survival – benda asas macam makanan, bil, sewa.
  2. Optional – hiburan, makan luar, benda tak wajib.
  3. Culture – buku, filem, pendidikan.
  4. Extra – hadiah, derma, kos kecemasan.

Bila dah ada kategori macam ni, anda lebih senang nak track ke mana duit anda ‘menghilang’.

“Beri masa 24 jam…”

Satu lagi konsep menarik dalam Kakeibo ialah delay gratification – atau beri masa sebelum beli.

Bila anda ternampak sesuatu yang menarik, jangan beli terus.

Tunggu sekurang-kurangnya 24 jam.

Jika selepas sehari anda masih rasa nak beli dan yakin ia keperluan, baru teruskan.

Tips Bijak Dalam Kehidupan Harian

Kakeibo juga cadangkan beberapa teknik kecil tapi powerful:

  1. Cek baki akaun secara konsisten – supaya anda tak terlajak belanja.
  2. Tulis mesej peringatan dalam dompet seperti “Perlu ke beli ni?” – ini akan beri kesedaran sebelum bayar.
  3. Guna duit tunai – supaya anda benar-benar rasa ‘berpisah’ dengan duit dan lebih sedar tentang apa yang dibelanjakan.

Menabung

Simpan Duit, Simpan Ketenangan

Apa yang Kakeibo ajar bukan hanya tentang duit, tapi tentang mengenal diri, kawal nafsu dan hidup dengan lebih sedar.

Dalam dunia serba laju, ada sesuatu yang menenangkan tentang duduk sekejap, buka buku nota, dan refleksi tentang apa yang kita buat dengan rezeki yang kita ada.

Jadi kalau anda nak cuba cara menabung yang lebih berjiwa dan bukan sekadar ikut-ikut, Kakeibo mungkin jawapannya.

Bukan sahaja simpan duit, tapi juga simpan ketenangan.