Sekiranya anda masih ingat, sekitar lima tahun lalu tular sebuah video seorang wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah yang membuat liputan di Kampung Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu yang terkejut apabila jurukamera TV3, Haji Abd Aziz Abdullah terjatuh ke dalam sungai. Atau lebih mudah, abang Aziz jatuh bot.
Insiden tersebut berjaya menarik perhatian ramai menerusi ayat yang disebutkan secara spontan oleh wartawan berkenaan dalam loghat Terengganu iaitu “Allahuakhbar, Abang Azih jatuh bok”.

Video tersebut bukan sahaja membuat para netizen terhibur malah turut mengundang kepada parodi Mat Salleh dari negara luar.
Siapa Abang Aziz?
@arashi_nebula I’m so lazy to make the English sub so.. yah~ I’m so gomen if you don’t understand it.#meme #fypシ゚viral #japanesedub #malaysia #fyp
Menerusi ciapan Mohd Ishak di Twitter, beliau berkongsi insan di sebalik video tular tersebut, jurukamera Hj. Abd Aziz Abdullah yang ketika ini sudah bersara selepas 26 tahun berkhidmat.
Semasa tweet itu ditulis pada 2021, itu adalah pertama kali pada para netizen untuk melihat ‘wajah misteri’ Hj. Abd Aziz akhirnya didedahkan kepada umum beserta ucapan daripada beliau.
Seperti dijanjikan. Inilah dia Abe Ajis Jatuh Bokk atau nama sebenarnya Hj. Abd Aziz Abdullah. Selamat bersara abe ajis setelah 26 tahun berkhidmat sebagai jurukamera di TV3. Jasa mu dikenang sampai bila-bila.
P/S:abe ajis ni pemalu orangnya. pic.twitter.com/QWvW4vG7IX— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 17, 2021
Sempena persaraan Abang Aziz serta pendedahan wajah yang dibuat, para netizen nampanya lega dan gembira kerana dapat melihat wajah beliau akhirnya.
Akhirnya reveal jugak Abe aziz jatuh bot https://t.co/fac0VwNTwB
— Ashbil (@paranoidash) June 18, 2021
Shaq, so sweet of you for posting this. Happy retirement Abe Ajis.
— Raymond Goh (@RaymondNewsMPB) June 18, 2021
Begitulah antara momen tidak dijangka yang berjaya dirakam oleh lensa kamera TV3. TV3 tahun ini menyambut ulang tahun ke-40 mereka dan pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirangka untuk orang ramai. Teruskan menonton dan ikut Instagram TV3!
Klik pautan di bawah untuk menonton klip parodi ‘jatuh bot’ yang diparodikan oleh Mat Salleh ini
Klip ‘Jatuh Bot’ Jadi Parodi Mat Salleh, Wartawan TV3 Kongsi Kisah Abang Aziz Kepada Netizen
Pameran Penuh Kreatif Immersio: Inspirasi Generasi Rai Ulang Tahun Ke-40 TV3