Perkhidmatan MRT sememangnya salah satu pilihan utama untuk pengguna tempatan bergerak ke sesuatu destinasi. Kerajaan juga giat menaik taraf kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa untuk keselesaan semua.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi ciapan di Twitter beliau, Dr Mahathir berkongsikan pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga bersama isteri dan rakannya.

Menurutnya, kakitangan MRT juga turut bersama mereka sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.

Tambah Dr Mahathir lagi, beliau merasakan seolah-olah berada di negara maju selepas perjalanannya baik, kemudahan juga tersedia, stesen besar dan dilengkapi lif serta eskalator.

Sumber Gambar: Twitter @chedetofficial

Tegasnya, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan. Beliau mengakhiri ciapan dengan mengucapkan tahniah kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh dan Putrajaya.