Seorang pengguna TikTok berkongsi rakaman dashcam yang memaparkan adiknya dirempuh juruiring VIP ketika waktu hujan semalam.
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @sagaunlimited, ketika adik perempuannya sedang bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas disebabkan hujan, tiba-tiba ada konvoi VIP mencelah antara lorong kanan dan tengah jalan raya.
Baca Juga:
- Mengaku Bersalah Pukul Pemandu OKU, Polis Pengiring VVIP Didenda RM1,000
- ‘Mentaliti B40’ – Rider Luah Ramai Pelanggan Mahu Dilayan Seperti ‘VIP’
- Ganti Kawan Cuti Raya, Siapakah ‘Bodyguard’ VIP Yang Ditembak Di KLIA?
Selepas beberapa buah kereta VIP melepasi keretanya, tiba-tiba sebuah Camry hitam meluru laju, lalu merempuh belakang Proton Saga yang dipandu gadis tersebut.
@sagaunlimited Panic attack terus adik aku .. dah sampai rumah pun masih trauma tak hilang .. semoga dipermudahkan #fyp #fypシ #fypage #masukberandar #vipkonvoi
Rempuhan itu menyebabkan kereta Saga tersebut terbabas ke masuk ke lorong sebelah kiri. Gadis tersebut serta-merta meraung menangis ketakutan.
Menurut akaun TikTok tersebut, insiden itu menyebabkan adiknya mengalami panic attack dan masih lagi trauma walaupun sudah berada di rumah.
Pada akhir video didapati ada sebuah lagi Camry putih terlibat dalam kemalangan sama dan mengalami kerosakan pada bahagian depan kiri kereta tersebut.
Warganet menggesa pihak VIP berkenaan bertanggungjawab mengganti rugi setiap kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.
Dalam masa sama netizen menyatakan ketika waktu hujan sebegini tidak perlulah VIP terburu-buru memotong barisan sehingga menyebabkan musibah kepada pengguna jalan raya lain.