Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan ketika dipercayai berlumba haram di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang bersaing sesama sendiri dengan menunggang secara laju, melulu dan berbahaya dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang, petik Astro Awani.
Baca Juga:
- Dua Pemandu Proton Satria Dicekup, Aksi Lumba Haram Dirakam Pada CCTV Lebuhraya DASH
- ‘Bangga’ Tayang Lumba Haram Bersama Dua Anak Kecil, Tindakan Bapa Ini Jadi Kecaman Netizen
- Lumba Berakhir Tragedi, 3 Penunggang Motosikal Maut Bertembung Dengan Kereta
Cha berkata, motosikal kedua-dua mangsa berumur 19 tahun itu dipercayai bergesel sesama sendiri dan menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan masing-masing sebelum terjatuh atas jalan raya.
KLANG – Tindakan 2 remaja lelaki dipercayai berlumba motosikal di Persiaran Raja Muda Musa di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan 1.30 pagi tadi.
Mangsa berusia 19 tahun.
Seorang lagi remaja parah pic.twitter.com/FMmKxciHvz
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 5, 2023
“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 2.30 pagi Ahad bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, seorang mangsa meninggal dunia pada 6.50 pagi Ahad manakala seorang lagi masih dirawat di zon merah kerana mengalami kecederaan parah pada organ jantung, buah pinggang dan paru-paru,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Cha berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya masih mengesan kumpulan penunggang motosikal terbabit untuk membantu siasatan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-447 0162 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-3372 2222 atau mana-mana balai berdekatan untuk membantu siasatan,” katanya.