Sepak Takraw muncul sebagai salah satu sukan yang mampu mengharumkan nama Malaysia namun tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Baru-baru ini, Malaysia mencipta sensasi selepas menjuarai acara regu Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 setelah dengan penuh bergaya menundukkan Thailand 2-0.

Baca Juga:

Sepak Takraw
Kredit Foto: PSM

Takraw mungkin salah satu sukan popular di negara kita namun negara lain mula memberikan perhatian yang serius terhadap sukan ini.

Sepak Takraw Semakin Popular di AS

@thekcha

When soccer players come play Takraw? Way too fit to play Takraw!! #takraw #rollspike #takrawusa #shirtless #lightwork

♬ LEVEL UP – Bazanji

Menurut perkongsian @thekcha di laman TikTok, semakin ramai warga AS terutamanya anak muda yang berminat untuk bermain sepak takraw.

Tinjauan di akaun tersebut menunjukkan terdapat beberapa kejohanan kecil yang biasanya diadakan di sekitar kejiranan dan pemain yang mengambil bahagian mampu untuk menampilkan prestasi yang baik.

Pemilik akaun tersebut iaitu Ker Cha ialah salah satu daripada tiga pemain dalam pasukan A.S. yang berketurunan orang Hmong, penduduk Orang Asli di Asia Tenggara.

Ibu bapanya melarikan diri dari Laos ke Thailand sebelum dia dilahirkan, dan mereka berpindah ke Amerika ketika dia baru berusia dua bulan.

Sepak Takraw
Ker Cha. Sumber Gambar: New York Times

Pada Piala Dunia pada 2022, Cha membantu membimbing Pasukan SA untuk memenangi pingat emas dalam pertandingan 3 lawan 3 dan 4 lawan 4 di divisyen kedua.

Ia adalah kali pertama pasukan Amerika memenangi emas berganda pada acara itu. (Ia juga merupakan Piala Dunia takraw yang pertama sejak 2011.)

Tidak mustahil dengan pendedahan yang lebih luas, AS mampu untuk melahirkan pemain sepak takraw yang mampu untuk memberikan cabaran kepada pasukan kuat seperti Thailand dan Malaysia.